announcement

30 07 2008




blank!!

27 07 2008

 

 

 

 

 

 

aku blank!!!





GOOD LUCK TO MY TEAM

24 07 2008

DEBAT ALAM SEKITAR 2008
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Aku nak ucap selamat berjaya kepada Pasukan Debat UTP
yang bakal beraksi dalam Debat Alam Sekitar 2008.
Diharapkan mereka mampu membawa pulang sesuatu
dari tanah Borneo.





Kenapa Jadi Begini?

24 07 2008

Ulasan berikut dirujuk kepada artikel di
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0724&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm

1. Dalam situasi kepentingan orang Melayu di tanah air sendiri dipersoal dan dinafikan banyak pihak, malangnya, perkara ini hanya diambil mudah oleh segelintir cendikiawan Melayu yang menolak untuk berbakti di tanah air sendiri. Mungkin mereka alpa, tanah air yang dijulang-julang nenek moyang mereka kini sudah dikongsi milik oleh kaum pendatang.

2. Kaum pendatang kini seolah-olah membangkitkan perbagai kehendak yang secara jelas menafikan hak orang Melayu sebagai pemilik asal tanah yang dahulunya diketahui seantero dunia, TANAH MELAYU. Namun,
atas dasar menagih kemerdekaan, perpaduan terus dijana awal kemerdekaan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman. Mungkin inilah alasan yang digunapakai oleh kaum pendatang untuk mendapatkan hak sama rata; kemerdekaan Tanah Melayu dicapai ekoran perpaduan pelbagai bangsa.

3. Namun lain pula dengan keadaan hari ini. Mungkin masalah yang dinyatakan di atas bakal diselesaikan dengan kehadiran cendikiawan Melayu yang bakal mempertahan maruah bangsa mereka dengan kekuatan yang ada pada mereka; bukan kuatnya Melayu di atas gelanggang politik semata-mata. Kalau hari ini, kita sering disogokkan dengan jumlah profesional dalam bidang ekonomi, perubatan dan lain-lain yang kebanyakkan terdiri daripda bukan bumiputera. Jesteru, mengapa perlu cendikiawan Melayu yang ditanggung kerajaan ke luar negara perlu lari daripada tanggungjawab mereka? Benarlah kata peribahasa Melayu, ibarat Kacang lupakan Kulit.

4. Saya percaya kes sebegini (graduan tajaan JPA enggan pulang) tidak guna diselesaikan di mahkamah. Hal ini demikian kerana saya percaya, akan berlaku peningkatan dalam kes yang sama selepas ini. Mereka sepatutnya sudah dilengkapi dengan semangat patriotik yang jitu sebelum berangkat ke luar negara. Saya fikir, setelah berlaku kes sebegini rupa, modul Biro Tata-Negara harus disemak dan dibuat penilain secara menyeluruh untuk generasi masa hadapan.

5. Mungkin benarlah, ganjaran akan menjadi keutamaan kepada mereka. Kehidupan di sana ibarat seperti berada di alam yang segalanya bahagia. Dan segalanya mudah apabila berada di negara maju. Semua ini merupakan alasan yang biasa diberikan oleh mereka yang tidak berfikir secara rasional dan realistik. Tambah-tambah, ketiadaan semangat patriotik dalam diri mereka.

6. Apabila perkara sebegini rupa berterusan, bukan bumiputera akan terus mempersoalkan kredibiliti JPA seterusnya mendesak dan menekan JPA untuk menambah kuota untuk mereka. Yang parah lagi, apabila sistem Meritokrasi neutral diaplikasi dalam pemilihan penajaan JPA masa akan datang. Maka, saya yakin golongan remaja Melayu akan menghadapi persaingan yang sangat sengit untuk menempatkan diri di kelompok yang terpilih.

Secara realistik, anda tahu apa yang bakal berlaku..





[L][A][W][A][K] – edisi 2

23 07 2008

adalah dua beranak yang tinggal di hujung
kampung yang diberi nama Kampung Hujung Kayu.
seorang anak yang bernama Rimau, seorang bapa
yang bernama Pak Lepad. Kehidupan mereka
tidak ubah macam kehidupan Pak Belalang lakonan
Tan Sri P Ramlee.

nak dijadikan cerita….

pada suatu hari, Pak Lepad telah menghadiri
Majlis Tahlil yang diadakan oleh Tok Imam. Maka, berangkatlah
Pak Lepad ke sana.

Rimau pula hanya bermain di halaman rumah. Tiba-tiba datang
seorang yang tidak dikenali ingin berjumpa dengan Pak Lepad.
Setelah diberitahu bahawa Pak Lepad menghadiri Majlis Tahlil,
orang itu meminta Rimau memanggil Pak Lepad kerana
ada hal penting yang ingin disampaikan..

Rimau bergegas ke rumah Tok Imam.
Tiba di halaman rumah Tok Imam,
Rimau menjerit sekuat hati…

“Bapakkk!! Ada orang datang!!! Dia nak jumpa ayah!!”

Majlis Tahlil berhenti seketika. Semua tetamu pada hari itu,
memandang ke arah Rimau. Alangkah malunya Pak Lepad
ketika itu.. KEmudian, Pak Lepad berangkat pulang. Dalam
perjalanan pulang, Pak Lepad menasihati Rimau….

“Kalau nak panggil Bapak semasa majlis tahlil, bagi salam,
kemudian berjalan perlahan-lahan, barulah datang kepada ayah,
dan berbisik di telinga ayah.. faham tak?”

“faham ayah..” jawab Rimau.

3 bulan kemudian, Pak Lepad dijemput pula ke rumah
Tok Bilal untuk menghadiri majlis Tahlil. Rimau pula
seperti biasa bermain di rumah.

Tiba-tiba, Rimau mendapati dapurnya terbakar
kerana Pak Lepad terlupa menutup dapur untuk
menanak nasi..

Api kian marak, Rimau bergegas ke rumah Tok Bilal.
Sampai sahaja di halaman rumah Tok Bilal,
Rimau teringat pesan ayahnya supaya beradab ketika
majlis Tahlil.

Rimau memberi salam, dan masuk dengan muka
yang penuh dengan senyuman. Kemudian tunduk
menuju ke bapanya. Kemudian, dia berbisik….

“Bapa, rumah kita terbakar!!”

Muka bapanya sudah merah padam..

“Apa? Terbakar? Kenapa tak bagitau awal-awal?”

Rimau membalas..

“Bukan ke kena beradab kalau kita datang ke majlis Tahlil?”

Pak Lepad membalas.

“Alangkah bodohnya kamu ni!!”

Semua tetamu ketika itu bergegas ke rumah pak Lepad.
Sampai di perkarangan rumah, segalanya jadi abu dan debu..





-bErtAHan-

22 07 2008

kepada MOHD RUSHDI BIN RUSLI
aku dan rakan-rakan yang lain harap ko akan
tabah dan bertahan.





tak perlu ghairah

21 07 2008

dalam kita memblogging, kita sebenarnya harus
mengekalkan momentum kesederhanaan..
saya juga harap setiap apa yang ditulis
oleh di blog rakyat Malaysia terutamanya
pelajar mempunyai asas dan rasional yang jelas.
Namun, limitasi dalam aktiviti ini juga harus
dikawal lantaran lajak perahu boleh diundur,
lajak kata padah binasa
. Rakan-rakan blogger juga
harus mempunyai emotional intelligence semasa
memblogging, takut-takut kerana nyamuk seekor,
habis kelambu dibakar.

Masing-masing ada hak bersuara. Saya tidak nafikan
hak demokrasi. Namun, kita sudah dikurniakan akal
dan fikiran agar dapat membezakan yang mana elok
dan yang mana buruk. Oleh itu, sebgai blogger, alangkah
baiknya sekiranya kita mencurahkan idea mengikut
kapasiti yang kita ada. Kapasiti yang bagaimana? Saya fikir
seorang blogger yang cukup arif tentang perkara A sahaja
boleh bercakap tentang A. Contohnya, kalau saya
kurang arif tentang Ekonomi, saya tentunya tidak layak
untuk menulis tentang naik turun harga minyak,
strategi inflasi dan jatuh naik KDNK negara. Begitu
juga dengan soal Agama, kalau saya
saya sedar tentang ceteknya pengetahuan tentang hal-hal
berkaitan agama, saya fikir tak munasabah seandainya
saya menulis tentang hukum hakam sesuatu perkara.

Namun, saya tidak nafikan tentang pandangan,
pandangan boleh dibuat, tapi biarlah ia kena pada tempat.
Begitu juga dengan kaedah penyampaian, biarlah
bertertib, kita punyai adab dan budaya, jangan
pinggirkan adab yang Datuk Nenek Moyang kita
angkat untuk anak-anak cucu mereka.

Saya tidak berniat untuk memburukkan mana-mana
rakan blogger yang lain, cuma apa yang saya tulis
biarlah untuk teladan dan rujukan bersama.
Mungkin saya belum layak untuk  menulis tentang
dunia blog ini, tapi, saya tidak boleh dinafikan
untuk memberi pandangan..

p/s – Negara kita ada 500 000 orang lebih blogger.
         Be proud coz u’re one of them..





-hepi bufday to AMSYAR-

21 07 2008

hepi bufday to
AMSYAR MECHY

20 JULY 1991


DARIPADA
eddy&siddiq
:)





SEMESTER BAHARU – semuanya baharu

20 07 2008

Esok, 21 Julai, aku bakal menghadapi sesi semester kedua untuk
program asasi aku. Ketibaan ku di UTP beberapa hari lalu,
melihatkan perubahan baharu dari pelbagai aspek.

1. Nampak gayanya, kenaikan harga minyak yang terlampau
tinggi oleh “pakar ekonomi terhebat” di Malaysia mula memberi
kesan kepada kehidupanlu sebagai seorang pelajar. Kenaikan harga minyak
nyata memberi kesan kepada kenaikan harga makanan mahupun
minuman di UTP.

2. Tambahan pula, kehidupan aku sebagai pelajar kita sudah berubah
dan ada perbezaan dengan pelajar lain. Apa ke tidaknya, untuk sem ini,
pengajianku bukan lagi atas tanggungan penaja seperti Petronas dan MARA,
tetapi dikelaskan sebagai Private!! Apa nak buat, semua ini takdir dan rezeki,
aku redha… My expectation, kepala ayah aku bakal botak menjelang hujung
sem ni…

3. Yang baharu lagi ialah jurusan pengajian aku ataupun course.
Kalau dahulu aku mengambil jurusan kejuruteraan Mekanikal,
namun sem ini,atas kesedaran minat aku yang lebih dalam bidang
geologi dan geosains, aku nekad untuk meneruskan pengajianku
dalam jurusan kejuruteraan Petroleum.

4. Sem ini pula yang baharunya ialah bilik asrama aku..
Kalau dulu duduk di Old Village 5, kali ini di V1c!! Sangat best,
boleh online 24 jam menggunakan LAN.. Kalau dahulu, Firdaus Chemy
sebagai rumate kali ini, Siddiq Petro pulak jadi rumate aku!!

So, aku harap, hari-hari mendatang akan memberi sinar harapan,
smoga kesabaran akan dapat menyuntik ketabahan.. Terima kasih
kepada smua!!

p/s – terharu dengan bimbingan dan kaunseling oleh
abg epul, Kaunselor dari Australia!!!





my word is SORRY

19 07 2008

i would like to say SORRY to
1. AIMAN – UIA Nilai
2. SEH      – UIA PJ
3. MAD     – UIA PJ

For not attending our gathering based on the reason,
i have no transporation to be there (MINDVALLEY),
as Meeno (my friend) has a alumni gathering at Sunway Pyramid.
Click here for more dtails.

So, I am so so so sorry on this last minute “cancel-planned”.
Hope can see you in Terengganu during our coming Mid-Sem Holiday!!